Contoh Karangan : Langkah-langkah untuk memajukan sektor pertanian

Posted: April 12, 2012 in Uncategorized

Langkah-langkah untuk memajukan sektor pertanian.

Ketika mengharungi arus globalisasi dan modenisasi, negara kita telah mengalami pembangunan yang pesat, terutamanya dalam sektor perindustrian. Rentetan daripada itu, sektor pertanian telah dikesisikan dalam arus pembangunan sejak 1980-an.  Bagaimanapun di bawah Misi Nasional,  kerajaan telah meningkatkan kedudukan sektor ini semula dalam pelan pembangunan negara kita iaitu Rancangan Malaysia Kesembilan. Hal ini demikian kerana ketika dilanda kegawatan ekonomi pada tahun 1997 dan1998,  minyak kelapa sawit bertindak sebagai “penyelamat” ekonomi  negara kita. Selain itu kerajaan juga  mendapati bahawa negara kita memperuntukkan berbilion-bilion ringgit untuk mengimport makanan sehingga meningkatkan defisit ekonomi negara kita. Sesungguhnya,  banyak makanan dapat dihasilkan di negara kita melalui sektor pertanian. Persoalan, bagaimanakah kita dapat meningkatkan sektor pertanian? Kata orang tua-tua, “genggam bara api biarlah sampai jadi arang”,  semua pihak yang terbabit perlu menggembleng tenaga untuk menjanakan sektor pertanian di tanah air.

Untuk memajukan sektor  pertanian,  kaum petani kita perlu memiliki prakarsa untuk membuat perubahan atau sedia membuat reformasi  terhadap sektor pertanian. Jika kaum petani masih mengekalkan cara tradisional untuk mengusahakan petanian, nescaya  hasil tanaman atau ternakan mereka hanya sekadar sara diri. Mereka akan terus dibelenggu oleh kemiskinan. Untuk mengikut rentak perkembangan sektor industri,  petani moden kita perlu menggunakan ilmu sains dan teknologi yang canggih  demi meningkatkan produktiviti, iaitu menjimatkan penggunaan tenaga dan meninggikan hasil tanaman yang berkualiti dan berkuantiti. Sebagai contoh, ilmu genetik perlu digunakan untuk mencari baka benih yang dapat menjamin hasil tanaman yang bermutu, seperti “padi hibird” dapat menjamin penghasilan padi yang banyak dan berkualiti. Secara holistiknya, kaum petani perlu disuntik semangat transformasi untuk menggunakan bioteknologi dalam sektor pertanian.

Tidak dapat dinafikan bahawa Kementerian Pertanian dan sektor swasta perlu menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) terhadap sektor pertanian kita. Jurusan Pertanian di Pusat Pengajian Tinggi (IPT) dan pakar pertanian perlu berkomitmen untuk mengkaji penggunaan ilmu sains dan teknologi dalam sektor pertanian dan penternakan. Mereka hendak memastikan bahawa industri hilir dalam pertanian dapat dimajukan untuk meningkatkan pendapatan kaum petani seperti lada dapat dijadikan sos cili, ubat pelangsing dan ubat kesakitan sendi. Sengkuang telah diproses sebagai bahan kosmetik  dan sebagainya.  Hal ini selaras dengan peribahasa Melayu, “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.” Pegawai Kementerian Pertanian terutamanya MARDI (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia ) sewajarnya menawarkan bengkel atau kursus untuk memberikan khidmat nasihat  serta membekalkan baka benih yang bermutu kepada petani kita untuk menggunakan bioteknologi yang canggih.

Untuk menjalankan pertanian secara besar-besaran dan komersial, skim pinjaman yang berkadar faedah rendah perlu disediakan oleh bank, terutamanya Bank Agro  untuk  pekebun kecil . Dengan modal yang mencukupi,  pekebun kita baru dapat membeli mesin yang canggih dan bahan racun serangga serta baja kimia  untuk menjalankan pertanian mereka.  Sebagai contoh, Bank Agro telah menawarkan Modal Usahawan 1 Malaysia kepada petani kita untuk mengusahakan industri kecil dan sederhana (IKS) yang berasaskan pertanian. Bak kata peribahasa, “ada padi semua kerja jadi; ada beras semua kerja deras,” oleh itu,  dengan pinjaman skim mikro, pekebun kecil kita dapat mengusahakankan pertanian atau penternakan secara komersial dan saintifik malah berupaya menjalankan IKS. Walhasilnya, kaum petani tidak akan digelar sebagai golongan miskin tetapi akan berperanan sebagai usahawan.

Selain itu, sistem pengagihan yang kamil perlu disediakan oleh pihak berkuasa supaya kaum petani kita tidak lagi dianiayai oleh orang tengah yang bersikap tamak haloba.  Penubuhan koperasi  peladang digalakkan untuk memainkan  peranan sebagai pemborong dan pembekal kepada kaum petani. Petani kita juga digalakkan menyertai Pasar Tani untuk meningkatkan pendapatan mereka. Sehubungan dengan itu,  pengguna juga dapat membeli hasil tanaman dan ternakan yang segar dengan harga yang berpatutan. Tindakan ini  dapat memberikan manfaat kepada pihak petani dan pengguna, seperti peribahasa  “serampang dua mata.” Rentetan daripada itu, pihak FAMA(Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) harus mengaturkan strategi yang bersepadu dan bijaksana bagai menarik rambut dalam tepung untuk menjamin pemasaran produk pertanian kita.  Sistem pengagihan yang teratur dapat  memantapkan harga  produk pertanian. Antaranya Kementerian Kebudayaan telah mengadakan laman web tentang harga borong produk pertanian supaya kaum petani tidak lagi ditipu oleh pemborong yang tidak bertanggungjawab.

Sementelahan, agropelancongan merupakan bidang yang patut dikembangkan dalam sektor pertanian. Kaum petani seyogianya memperkasakan kemudahan yang tersedia dalam ladang mereka untuk memajukan sektor pelancongan. Tindakan dapat menjamin pendapatan yang lumayan.  Penginapan yang lengkap seperti bilik yang selesa perlu disediakan kepada pelancong, khasnya dari bandar. Selain menghayati penghidupan kaum petani,  pelancong dapat menikmati buah-buahan tempatan yang lazat, memancing ikan dalam kolam ikan ternakan, menikmati lauk ala kampung  serta berpeluang untuk mencucuk tanah di samping melegakan fikiran yang kusut. Hal ini  bagai menyelam sambil minum air. Bagaimanapun, pakej agropelancongan perlu mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan Malaysia,  seperti menyeranaikan pengusaha agropelancongan yang beramanah dalam laman web kementerian berkenaan. Secara realitinya, inap desa semakin menarik perhatian pelancong domestik dan luar negara.

Natijahnya,  sektor pertanian perlu mengalami revolusi supaya sektor ini berprestij  kepada generasi muda.  Pembangunan sektor dapat mengurangkan import makanan dari luar negeri dan dapat mengelakkan penduduk kampung berhijrah ke bandar. Tampaknya, perkembangan pertanian mengundang seribu satu kebaikan kepada negara kita. Masyarakat kita juga perlu menyedari sumbangan,  jasa dan pengorbanan kaum petani kita. Sebaliknya kaum petani kita perlu mengalami transformasi untuk menjanakan 1 Malaysia.

(Karangan ini telah diubahsuaikan daripada karangan dalam blog ini pada tahun 2009)

Komen-komen
  1. SOFIAN BIN SUBHAN berkata:

    karangan yang sungguh baik..

  2. amirull berkata:

    boleh berkan contoh karangan tentang kepentingan semangat perpadaud dalam kalangan masyarakat

  3. Seorang murid yang masih gigih berusaha di lautan ilmu berkata:

    Cikgu,
    Seandainya cikgu tidak peduli,
    saya ingin mengemukakan satu soalan kepada cikgu.
    Cikgu telah menulis satu karangan tentang punca-punca pencemaran sungai.
    Setelah meneliti karangan tersebut,
    saya, sebagai seorang murid yang akalnya baru berusia setahun jagung
    ingin menanya cikgu tentang salah satu isu utama karangan tersebut,
    iaitu tumpahan minyak oleh kapal-kapal.
    Hal ini demikian, saya berasa pelik kerana isu utama tersebut lumrahnya berlaku di laut,
    bukan di sungai.
    Adakah tumpahan minyak oleh kapal-kapal juga berlaku di sungai negara kita?
    Maaflah saya jika terdapat sebarang keterlanjuran ataupun kesilapan kata saya.

  4. kima berkata:

    tq! :) nice :)

  5. hafizbob berkata:

    karangan yg sungguh baik

  6. hafizbob berkata:

    terbaikkkkk ayat ni

  7. hafizbob berkata:

    berikan contoh karangan tentang sektor pertanian

  8. jingjing berkata:

    sorry~
    salah tulis~
    baik

  9. siva berkata:

    superb karangan….

  10. raihan berkata:

    saya pinjam isi karangan ini ya cikgu.

  11. nina martin berkata:

    this essay is awosme

  12. latisya berkata:

    karangan yg berkesan…

  13. fatin nurain suhaimi berkata:

    karangn yg bahasa nya bombastic,

  14. wow berkata:

    wow!!!

  15. ABU kassim berkata:

    taik

  16. ABU kassim berkata:

    x de kararangan lain ke..ni karangan kakak aku masa nak PMR

  17. amyshia berkata:

    syoknya…karangan terbaik…:P

  18. Vinodh berkata:

    Hi, I’m Vinodh from USA this essay is excellent!

  19. Noor Shakila berkata:

    karangan yg bagus…
    saya ambil for copy…

  20. farzana anjew berkata:

    like…..

  21. kungjieyong berkata:

    krangan yang bernas…..

  22. solia98 berkata:

    bleh x tunjukkan contoh krangan ttg pndapat bhawa prtanian bleh memakmurkan negara??

  23. ahmad cinta berkata:

    sempoi!!!!!

  24. ahmad cinta berkata:

    ayat yang menarik

  25. Connie berkata:

    karangan yg pnuh info. Excellent!

  26. etewte berkata:

    karangan yang berpontesi untuk bdk2 yg mencari cari karangan ini .. lol

  27. etewte berkata:

    sandiwara cinta

  28. Nisa berkata:

    ssssuuuuuupppppbbbb!!!!!!!!!!!!!!!

  29. ytyutky berkata:

    lom

  30. mimi berkata:

    boleh x buat contoh karangan tentang usaha2 untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju

  31. apo nk jadi berkata:

    boleh cikgu terangkan dengan lebih lanjut tentang langkah2 memajukan sektor pertanian ini..

  32. Farahamidi berkata:

    Thanx for that knowledge..

  33. afikah adiana berkata:

    karangan ini telah menarik minat saya dalam sektor pertanian

  34. Diviyah berkata:

    can use for lisan

  35. Nur Rahimah Binti Mohd Sedek berkata:

    sangat membantu

  36. zaki berkata:

    sangat memberi pertolongan kpd sya utk membuat esei….terima kasih…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s