Karangan – Kepentingan Amalan Berjimat Cermat

Posted: Februari 19, 2011 in Uncategorized

Dasawarsa ini,  negara kita telah dilanda oleh gelombang inflasi secara global. Setiap pengguna tidak dapat melepaskan diri  daripada kepompong  inflasi. Sehubungan dengan itu, segenap masyarakat diseru supaya mengimplementasikan amalan berjimat cermat dalam rutin hidup mereka untuk menghadapi keperitan itu. Semua ajaran agama mengajar penganutnya agar berjimat cermat dan tidak membazir dalam kehidupan. Filosofer  Laotze berkata, “Kehidupan membazir dan tamak akan mendorong manusia ke arah kebinasaan.” Hal ini memanifestasikan bahawa betapa pentingnya amalan berjimat cermat dalam kehidupan sehari-harian kita.

–                             Seperti pepatah , “malang tidak berbau”, iaitu manusia tidak dapat menduga segala bencana atau kecemasan yang terdiri daripada   menghidap penyakit, kemalangan , kebakaran dan sebagainya. Ketika berlakunya sesuatu kecemasan, wang sering menjadi faktor utama untuk kita menyelesaikan banyak masalah.  Di manakah kita dapat memperoleh jumlah wang yang banyak untuk menghadapi sesuatu  yang tidak diingini, terutama menjalani pembedahan? Adakah kita perlu menghulurkan tangan untuk meminta bantuan?  Sebaliknya segala masalah dapat dikekang atau diminimumkan jika kita dapat berjimat cermat dan sentiasa bertabung dalam kehidupan sehari-harian.  Kita perlu sentiasa mengingati peribahasa Melayu, “Sediakan payung sebelum hujan.” Tuntasnya, amalan berjimat cermat merupakan tindakan berjaga-jaga untuk membuat persediaan sebelum berlakunya sesuatu kecemasan kerana panas tidak sampai ke petang.

Tidak dapat dinafikan bahawa amalan berjimat cermat merupakan mangkin yang efektif untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Hal ini demikian kerana manusia sedang mengeksploitasikan sumber alam semaksimumnya tanpa memikirkan akibat yang bakal dihadapi.  Jika manusia dapat mengubah kehidupan mereka dengan berjimat cermat dari segi makanan, penggunaan bekalan air dan elektrik serta kertas dan lain-lain lagi, kita sedang menuju ke arah menyelamatkan bumi kita daripada mengalami kemusnahan. Gara-gara manusia mengejar kemewahan hidup dan bersikap boros, banyak  khazanah alam  telah diteroka  terutamanya bahan galian dan hutan.  Bayangkan suatu hari nanti, manusia terpaksa bunuh –membunuh dan berperang kerana merebut bekalan air.  Bak kata peribahasa, “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna” dan “jangan terhantuk baru tengadah”, kita perlu berjimat cermat dalam penggunaan setiap benda sebagai langkah mencintai alam kita.

Saban hari  isu ceti haram atau along sering menghiasi dada akhbar sehingga mangsa tersebut membunuh diri  malah membunuh sekeluarga kerana tidak larat lagi menghadapi penganiayaan  along yang bermaharajalela.  Ketika mengamati berita ini, kita dapat mengetahui  bahawa mangsa berkenaan tidak mahir mengurus pendapatan mereka. Lazimnya mereka tidak bersikap ukur baju pada badan sendiri tetapi membesarkan kerak nasi dalam perbelanjaan. Walhasil, mereka sentiasa berhutang keliling pinggang. Sebaliknya jika kita sentiasa berbelanja secara hemat tanpa boros,  kita pasti dapat menyimpan wang yang berlebihan dalam simpanan bank atau melabur dalam skim amanah saham untuk keperluan masa depan. Ternyata amalan berjimat cermat berupaya menguruskan perbelanjaan secara teliti bagai menarik rambut dalam tepung daripada berhutang

•              Bukan itu sahaja, amalan berjimat turut menjamin masa depan yang lebih cerah.  Setiap umat perlu pandai merancang masa depan mereka sejak kecil lagi. Kita perlu berjimat cermat dalam segala perbelanjaan kita dan menyimpan wang untuk kegunaan masa kelak kita. Bak kata peribahasa, “ikut hati mati, ikut rasa binasa”, jika kita berbelanja berdasarkan nafsu, pendapatan kita akan habis pada hujung bulan. Bagaimana kita dapat merancang masa tua setelah pencen? Bagaimanakah kita dapat membayar kos pendidikan anak kita.  Jika kita dapat menjimatkan setiap perbelanjaan yang tidak diperlukan, nescaya kita dapat menyimpan sejumlah wang dalam tabung.  Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Wang yang dijimatkan itu dapat dirancang demi masa depan yang lebih cerah. Oleh itu ketika berbelanja, kita perlu mengingati peribahasa, “ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.”

Natijahnya / Akhirulkalam, amalan berjimat cermat merupakan nilai murni yang diajarkan oleh setiap agama di dunia ini. Berpaksikan amalan ini, kita dapat hidup dengan kesederhanaan tanpa membazir. Sehubungan dengan itu, kehidupan kita akan lebih harmoni, sentosa dan bahagia sehingga mewujudkan masyarakat sakinat.

 

 

Komen-komen
  1. Sia Zheng Cheng berkata:

    Cikgu, bolehkah saya memberikan karangan yang saya tulis (mana-mana karangan yang saya tulis) kepada cikgu untuk disemak? Saya ingin tahu cara cikgu menyemak karangan.

  2. Jason berkata:

    karangan cikgu baik dan saya dapat banyak pengetahuan melaluinya. :) bolehkah cikgu post lebih banyak karangan seperti yang berkaitan dengan perubatan tradisional, bioteknologi dalam pertanian dan lain-lain ? terima kasih cikgu…

  3. dessy berkata:

    saya nak teknik membuat karangan kertas 1 bahagian b

  4. best jugak yer karangan fakta ini ..
    saye suke akan karangan fakta ini ..
    i love uuu ..
    jgn katekan yg karangan fakta ini tidak bagus tau ..
    kene pelempang ngan cikgu saye baru tau ..
    ahahahahahah ..

  5. syida 96 berkata:

    waaaaaaaaaaaahhhh…..i like this…
    u’re the best :)

  6. Karangan cikgu sangat membantu saya dan rakan-rakan.Saya harap cikgu dapat menambah lagi koleksi karangan cikgu tentang isu-isu yang popular di negara kita….TERIMA KASIH :]

  7. Shierah Albania berkata:

    awk punya website x de kerrr tentang karanggan kaedah berjimat cermatt klau ade plese antar kan kat facebook.sayaa

  8. Mir_cinta berkata:

    asalammualaikum cikgu ,
    karangan cikgu sungguh membantu penulisan karangan saya . Untuk pengetahuan cikgu saya sangat lemah dalam mengarang karangan ini . saya sentiasa mendapat keputusan yang kurang memuaskan , tahun ini saya akan menghadapi PMR tapi saya kurang yakin karangan saya kurang dengan pengetahuan .

    Terimakasih cikgu atas bantuan karangan di atas :)

  9. nazran berkata:

    terima kasih x payah la sya susah pkir nk buat karangan

  10. noor fatimatul zaharah berkata:

    krangn yg bgus….i like it…..(n_n)….

  11. salam…..
    karangan cg sgt membntu sya..

  12. d-dha berkata:

    terima kasih cikgu*upin ipin*

  13. DeY-RoY 97 berkata:

    saya ucapkan terima kasih kepada cikgu kerana karangan-karangan seperti ini pasti dapat membantu saya dalam memperbaiki karangan saya…saya juga ingin meminta cikgu untuk postkan lebih banyak karangan seperti karangan berdasarkan bahan ransangan….

    saya sebagai calon PMR 2012…..

  14. akira mio berkata:

    wah . . . karangan ni sesuai dng spm kn cikgu ? cikgu terima kasih ^^ dng laman web ni dapat la sye cari idea2 utk membaiki karangan sye

  15. Switch_Purple berkata:

    :::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
    <3<3<3 nice karangan <3<3<3
    :::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

  16. mimi afieqah berkata:

    saya suke karangan yg cikgu beri nnt cikgu jgn lepa tau post byk lagi karangan :)

  17. clement berkata:

    so long huh

  18. Budak SBP berkata:

    penggunaan bahasa dan tatabahasa cikgu sangat memukau dan menarik minat saya tetapi isi yang cikgu nak sampaikan kurang berkesan dan tidak begitu jelas. saya harap cikgu dapat muat naik lagi banyak contoh karangan yang pembelajaran kami.

  19. adeeba berkata:

    great !

  20. janzen berkata:

    thanks for helping me !

  21. asyraf wali berkata:

    tima kseh…sgt membantu…buatla byk2 lgi

  22. atikah berkata:

    thank you cikguuuuuu

  23. durga berkata:

    terima kasih. karangan anda sangat membantu

  24. ierah shahirah berkata:

    sye suke karangan ckgu tan nie

  25. yuyu berkata:

    thank you…… dah siap pown omwork bm……..:) :) :)

  26. izzati saufie berkata:

    cikgu,contoh karangan untuk UPSR tidak ada ker cikgu?

  27. hardiana husna berkata:

    cikgu blh tak tlg beri rangka karangan sekali

  28. azira berkata:

    cikgu xjmpa karangan peribahasa

  29. Nik Farah Izzati berkata:

    cikgu ini untuk SPM kan,UPSR x de ke??

  30. azleen asyiera berkata:

    Thanks :)

  31. raajeshwari berkata:

    terima kasih

  32. ittoras soris soras sorap sora…mape la na…?

  33. GANESAN berkata:

    VERY GOOD KARANGAN

  34. GANESAN berkata:

    SAYA MAHU KARANGAN ENGERIS YANG BAIK CIKGU

  35. OWESOME berkata:

    BLAAA LA. G MMPOS

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s