Teknik mencari isi tersurat dan tersirat dalam rumusan


Semasa mencari isi tersurat, calon mesti mengamati atau meneliti fokus pertama yang ada dalam kehendak soalan rumusan itu, misalnya “Rumuskan kekangan-kekangan untuk…” . Calon perlu mencari isi yang sedia ada dalam petikan yang berkaitan dengan fokus pertama itu. Lantarannya calon diminta memahami kata-kata kunci yang sering wujud dalam soalan rumusan, seperti

-kesan, impak, implikasi, akibat

-keburukan, risiko, kelemahan, akibat yang negatif

-kebaikan, kelebihan, kepentingan, faedah, manfaat, kesan positif

-punca, faktor, sebab

-langkah, kaedah, cara, tindakan, usaha, alternatif, pendekatan, formula, strategi,

-kekangan, cabaran, halangan, masalah, kemusykilan

-peranan, fungsi, tanggungjawab.

Semua isi tesurat mesti berdasarkan isi yang ada dalam petikan dan jangan ada pandangan sendiri.  Isi yang telah diambil perlu lengkap tetapi membuangkan huraian dan contoh, iaitu ” misalnya, contoh, umpama, seperti, iaitu…..” . Sebaliknya jika terdapat “terutamanya, khususnya” bahagian isi dikehendaki.

Sebaliknya, ketika mencari isi tersirat, calon hanya mengamati fokus kedua sahaja. Amalkan prinsip berikut:

a. isi yang tidak terdapat dalam petikan.

b. isi itu mesti konkrit.

(-*”Anak perlu menyayangi ibu bapa.”- tidak konkrit dan abtrak.  Sepatutnya, “Anak perlu sentiasa menziarahi ibu bapa dan menghubungi mereka melalui telefon” – konkrit

-*”Jiran harus tolong-menolong untuk menghapuskan jenayah.”-tidak konkrit.  Sepatutnya, “Kita perlu menjaga keselamatan rumah jiran ketika mereka balik ke kampung.”- konkirt).

c. positif

(-*”Pihak polis harus menembak mat rempit yang melanggar undang-undang.” -negatif.   Sepatutnya, “Pihak polis harus mengadakan sekatan jalan raya untuk menahan mat rempit.”-positif”)

Semua isi tersurat dan tersirat boleh ditulis dengan satu isi satu ayat atau digabung dengan dua isi. Ketika menggabung dua isi, calon mesti memastikan bahawa kedua-dua isi itu mempunyai subjek atau prediket yang sama.

49 thoughts on “Teknik mencari isi tersurat dan tersirat dalam rumusan

  1. Apakah maksud tersirat “ibu tidak berkata apa-apa,hanya tersenyum”?
    “Katanya,aku semakin tampan walaupun tidak cukup pagar”
    “Wajahku keilhatan lebih hebat daripada sebelumnya”
    Terima Kasih Kerana Menjawab….. ^^

  2. Terima kasih … kerana teknik ini sangat senang dan dapat fahami cepat… esok saya duduk utk periksaa spm sebenar saya akan guna cara ini utk periksa saya..

  3. Assalamualaikum boleh tak anda semua tolong saya cari maklumat tersurat dan tersirat didalam buku teks bahasa melayu tahun 5 muka surat 162.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.