Karangan Rencana: Peranan Guru Dalam Pembanungan Negara

Posted: May 5, 2010 in Uncategorized

Soalan Karangan:  Bersempena dengan  Hari Guru, anda ingin menulis satu rencana  tentang peranan guru dalam pembangunan Negara.

Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Oleh : Aristotle Tan

Saban tahun,  16 Mei  merupakan hari keramat  lagi suci murni kepada warga sekolah, iaitu Hari Guru di tanah air kita.   Sekalung budi dan tahniah serta penghargaan yang setinggi-tingginya kepada insan yang bergelar sebagai pendidik. Sehubungan dengan itu, setiap sekolah telah meraikan Hari Guru dengan pelbagai aktiviti seperti mengadakan jamuan, memberikan hadiah dan mengadakan persembahan kepada guru yang disayangi. Ternyata, setiap warga sekolah perlu menghargai jasa dan sumbangan guru terhadap pembangunan individu, bangsa dan Negara. Hal ini selaras dengan tema Hari Guru 2010, “Guru Pembina Negara Bangsa”.

Walhal, guru memainkan peranan yang signifikan dalam pembangunan umat sejagat. Atas bimbingan guru, lahirlah golongan profesional seperti doktor, jurutera, saintis dan lain-lain lagi. Seperti kata mutiara Sasterawan Negara Usman Awang, “Lahirnya  seorang Perdana Menteri, Doktor, peguam, dan pensyarah adalah bermula daripada seorang guru biasa yang mengajarnya  baca dan tulis.” Dengan kata lain, tanpa guru, siapakah kita? Tepuk dada tanya selera.  Dengan kata lain,  guru turut menentukan pembangunan negara dengan melahirkan tenaga mahir dan pakar-pakar dalam setiap bidang untuk menjamin kemajuan negara.  Iltizam dan komitmen guru telah berjaya mencambah insan yang berketerampilan dan berdaya saing untuk memartabatkan pembangunan negara sehingga negara kita dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara maju.

Pada era digital ini, guru tidak lagi memainkan peranan sebagai penyampai ilmu kepada putera dan puteri yang berjuang dalam medan ilmu.  Dalam zaman ledakan maklumat ini, pelajar berupaya memperoleh ilmu  melalui pelbagai wadah dan wahana, seperti internet, e-buku, majalah, surat khabar malah televisyen satelit.  Ekoran daripada itu, guru perlu bertindak sebagai fasilitator untuk membimbing pelajar menimba ilmu. Mutakhir ini, guru bukan sahaja perlu menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang majornya tetapi juga perlu menguasai ilmu psikologi dan ICT supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif dalam pembelajaran dan pemelajaran  .  Dalam situasi ini, pelajar lebih minat dan beria-ia untuk mengikuti pelajaran. Sebagai impaknya, guru yang menguasai teknologi  maklumat dan komunikasi dapat membimbing pelajar mencapai akademik yang cemerlang.

Salah satu tanggungjawab  yang dominan bagi setiap guru adalah melahirkan golongan yang memiliki mentaliti kelas pertama kepada tanah air kita.  Hal ini terjadi demikian kerana warga didik bukan sahaja memberikan ilmu dunia tetapi juga perlu menyampaikan ilmu akhirat kepada anak buahnya. Pendidikan kerohanian sangat mustahak  kepada setiap insan.  Guru perlu sentiasa menyuntikkan nilai-nilai murni kepada pelajar supaya mereka dapat menuju ke arah hakiki dan tidak mudah terpengaruh oleh hasutan syaitan.  Dengan bimbingan, prihatin, asuhan dan kasih sayang guru, insan yang bersikap penyayang, bersemangat kental dan berfikiran terbuka akan bercambah.  Jati diri penggerak wawasan.   Atas sumbangan  guru, pelajar yang memiliki jati diri dan bersahsiah mulia dapat menjanakan pembangunan negara.

Kita perlu mengakui pengorbanan guru dalam melahirkan anak watan yang berguna. Malangnya,  kini banyak pelajar telah dipengarui oleh budaya barat dan hedonisme sehingga terbelenggu oleh kemelut sosial .  Remaja kita seolah-olah tidak dapat melepaskan diri dalam kepompong sindrom sosial,  seperti melepak, mat rempit, penagihan dadah, dan lain-lain lagi. Sesungguhnya guru perlu mendukung cita-cita untuk membanteras sindrom sosial dalam pekarangan sekolah dan   masyarakat kita.  Rentetan daripada itu, guru perlu sentiasa bekerjasama dengan ibu bapa untuk mengetahui kemusykilan pelajarnya .  Para pendidik sentiasa mengorbankan masa dan tenaga untuk memulihkan pelajar yang tersesat di hujung jalan supaya mereka dapat balik ke pangkal jalan.  Secara tidak langsung, guru berupaya mementuk masyarakat madani dan sakinat.  Jasa guru akan sentiasa dikenang dalam sanubari anak muridnya hingga akhir hayat.

Guru selalu diibaratkan sebagai lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.  Dedikasi guru dapat membentuk pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kokurilum serta berakhlak mulia. Guru berkualiti aspirasi negara. Guru yang bertanggungjawab dan amanah sentisa dihormati oleh rakan sejawatan dan anak murid.  Sekalung budi dan sekeping kad Hari Guru sebagai tanda terima kasih yang tidak terperi kepada semua guru. Jasa dan budi guru akan sentiasa dikenang.  Segala teguran dan kritikan daripada guru semata-mata adalah demi kebaikan pelajar.  Tampaknya, profesion guru semakin mencabar berbanding dengan zaman silam.  Oleh itu guru perlu bersemangat waja diri dan gigih untuk meladeni kerenah pelajar yang semakin liar. Jangan putus asa dan patah semangat malah perlu sentiasa menyemarakkan semangat dan motivasi pelajar supaya mereka dapat menjadi insan yang kamil dan seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek dan emosi.

Natijahnya,  komitmen yang utuh  dalam kalangan guru dapat memperkasakan pembangunan insan yang berkualiti  sehingga mencapai visi negara, iaitu 1 Malaysia.  Guru cemerlang negara terbilang.  Pendidik perlu melengkapkan diri supaya dapat membimbing anak pelajar ke arah  cemerlang. Gemilang dan terbilang. Selamat Hari Guru.                                                                   http://twoohiok.wordpress.com

Comments
  1. Asymawi Suhaimin says:

    rencana yang baik,sy gunakan rencana ini sebagai maklumat tambahan untuk assignmeny sy..thank u…

  2. nurul nadhira sofea says:

    rencana amat bagus,tp tajuk rencana saya adalah muafakat membawa berkat,bagaimana hendak mengarangkannya???

  3. NSK says:

    USELESSS KARANGAN DUN WRITE ANYMORE

  4. zoe says:

    rencana yang amat bagus…saya gunakan karangan ini sebagai rujukan saya…terima kasih kerana “share” karangan ini…
    thanks…^^

  5. izzati aminudin says:

    rencana yg bagus,,saya gunakn untuk penucapan awam saya,,tq

  6. ying says:

    erm…ada karangan tentang karangan masyarakat penyayang??

  7. supergirl says:

    thanks,very useful.

  8. Siti Aisyah says:

    Terima kasih..karangan ini sangat berguna.Saya gunakannya sebagai rujukan dan nota tambahan untuk ULBS.

  9. hashimah says:

    Idea yang baik, penyampaian isi tersusun hanya terdapat sedikit kesilapan bahasa.
    Kepada yg suka mengkritik , berikan kritikan yg membina supaya semua org dapat belajar daripada kelemahan.

    Teruskan menulis sekuarng-kurangnya anda memberi idea kepada orang lain.

  10. studentsmart says:

    toche bnyk2…esei neyh leyh jd rujukn syerw…..toche2…….

  11. Domo boy says:

    Thankss , So helpful !! ;)

  12. nor sahida says:

    tq..rujukan recana ini sangat membantu dlm penulisan esei saya..

  13. asmida says:

    i love it . gaya bahasa karangan ini bagu sangat !

  14. Ling says:

    wow. this help me alot…im all out of ilham already…haha thanks! like sooo much… :D

  15. fizy says:

    nice to my homework…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s