PERANAN KELUARGA DALAM MENANGANI GEJALA SOSIAL

Posted: February 19, 2010 in Uncategorized

Pada alaf globalisasi dan modenisasi ini, gejala sosial sentiasa menghiasi lembaran akhbar.  Gejala sosial yang semakin meruncing telah menggusarkan masyarakat. Fenomena  ini diibaratkan duri dalam daging dalam sosial kita. Kenapa pembangunan mentaliti rakyat kita tidak selaras dengan pembangunan fizikal kita sehingga penyakit sosial sentiasa menjadi-jadi bagai cendawan tumbuh selepas hujan?  Tampaknya, masalah gengsterisme,  vandalisme, samseng jalanan,  pembuangan bayi,  remaja lari dari rumah sering berkait rapat dengan kebejatan institusi keluarga. Walhal, peranan keluarga amat signifikan untuk  mengekang sindrom sosial terutamanya masalah remaja.

Salah satu peranan institusi keluarga adalah ibu bapa perlu memberikan didikan agama dan moral kepada anak mereka sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.  Didikan agama dan moral bagaikan perisai yang berupaya menghalang segala godaan maksiat . Senario ini dapat membantu anak-anak mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala sosial.  Sebagai contoh, bapa boleh mengajar anak-anak mereka sendiri atau menghantar mereka ke sekolah agama.  Ketua keluarga perlu membimbing anggota keluarga untuk menjalankan solat sembahyang dan mengaji kitab-kitab.  Sehubungan dengan itu, anak-anak dapat membezakan antara kaca dengan permata kerana mempunyai jati diri yang kukuh sebagai pedoman hidupnya.

Selain itu, ibu bapa juga bertanggungjawab  untuk mengawasi pergerakan anak-anak. Ibu bapa perlulah mengawasi tingkah laku anak mereka sama ada di sekolah mahu pun di luar kawasan sekolah. Hal ini  terjadi demikian kerana  banyak pengaruh luaran seperti pengaruh rakan sebaya akan menghasut jiwa remaja yang bertelinga nipis dan pantang dicabar.  Jika rakan sebaya mereka tidak berperibadi mulia,  remaja yang setahun jagung dan darah setampuk pinang pasti akan mengikut jejak langkah rakan mereka, seperti melepak, berlumba haram dan sebagainya.  Lantarannya, pergaulan anak tidak boleh dipandang enteng oleh ibu bapa. Dengan kata lain , ibu bapa perlu mewujudkan keluarga yang bahagia demi membentuk personaliti anak-anak  yang mulia sehingga berjaya.

Tidak dapat disangkal lagi bahawa ibu bapa dan ahli keluarga yang lebih tua perlu menjadi contoh dan  teladan yang baik kepada anak-anak. Suri teladan ibu bapa  mampu membentuk sahsiah  anak-anak. Tambahan pula, sikap anak-anak yang suka meniru apa-apa sahaja yang dilihatnya. Bak kata peribahasa, “bagaimana acuan begitulah kuihnya”.  Ibu bapa perlu menjauhi kegiatan yang negatif seperti merokok, minum alkohol, mengakses laman web lucah dan lain-lain lagi.   Bapa borek anak rintik merupakan peribahasa yang perlu dihayati oleh ibu bapa. Sikap ibu bapa yang ego, individualistik, materialistik, dan bongkak  akan mencanai generasi  muda yang berakhlak biadab dan berbudaya sumbang.

Dalam pada itu, kasih sayang yang sempurna  dan kamil amat diperlukan oleh anak-anak. Ekoran daripada itu , ibu bapa wajar memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak. Kejadian  ini berlaku  kerana anak-anak yang kurang mendapat kasih sayang akan mudah terpengaruh oleh  gejala sosial. Ibu bapa perlu sentiasa melayani anak mereka bagai  menatang minyak yang penuh. Sebagai contoh, ibu bapa sewajarnya membelai dan mengucapkan kata-kata sayang kepada anak-anak mereka. Sementelahan, ibu bapa perlu memberikan pujian yang ikhlas ketika anak mereka mencapai sesuatu kejayaan atau melakukan perkara yang betul. Dengan itu, anak-anak akan berasa gembira dan seronok berada di rumah bersama-sama keluarga mereka. Mereka pun sanggup meluahkan isi hati ketika mengalami kemusykilan kerana ibu bapa mereka bersedia mendengar rintihan jiwa mereka. Ternyata keluarga yang harmoni  berdominan untuk  membanteras kegiatan negatif.

Di samping itu , setiap ahli keluarga juga perlu sentiasa berkongsi masalah. Ibu bapa harus  sentiasa bertanyakan masalah anak-anak.  Seterusnya, ibu bapa perlu membantu anak-anak menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sebagai contoh, ibu bapa boleh meluangkan masa untuk membantu masalah pelajaran anak-anak. Sebaliknya anak-anak perlu memahami tanggungjawab dan bebanan ibu bapa mereka. Anak-anak perlu sentiasa membantu ibu bapa membuat kerja rumah tangga untuk meringankan tekanan mereka. Dengan itu,  setiap anggota keluarga akan berasa diri mereka diberikan perhatian oleh ahli keluarga yang lain. Aktiviti keluarga seperti gotong-royong dan hari keluarga patut diadakan dari semasa ke semasa supaya mengeratkan silaturahim sekeluarga.

Secara tuntasnya, segala langkah di atas tidak akan berjaya sekiranya tidak mendapat kerjasama daripada semua ahli keluarga seperti ibu bapa, abang dan kakak. Slogan “Keluargaku, syurgaku”, dan “Semakin hari semakin sayang” patut dihayati oleh seisi komuniti kita supaya melahirkan masyarakat madani dan sakinat.

Comments
  1. emylia says:

    sangat bagus!

  2. nadhirah says:

    sy nk satu contoh karangan spm tentang tanggungjawab ank untuk menghargai jsa ibu bapa…

  3. SASVATHA says:

    KARANGAN INI AMAT BAGUS!!!. KARANGAN INI JUGA MEMBANTU SAYA!! TERIMA KASIH!!

  4. nurul amylia says:

    krngn nie membntu sy mnjwb soalan tryal pmr dgn baik
    terima kasih

  5. farhan says:

    karangan nilah yg mjdi rmalam percubaab pmr 2010..thanks a lot..

  6. [Ken Pro] anderson says:

    Cikgu, tajuk karangan ini menjadi tajuk ramalan percubaan spm 2010!

  7. eizah says:

    karangan ini sangat2 membantu saya ketika menghadapi ujian lisan bahasa Melayu ting 4. terima kasih cikgu.

  8. Matthias says:

    are you a Muslim?

  9. Aisyah fadhil says:

    ade x karangan berkaitan dengan bahasa kebangsaan yang patut dipupuk sejak kecil lagi….sye tanye sebab sekarang bulan bahasa kebangsaan?

  10. liyana says:

    karangan yang bagus…

  11. Tan says:

    Terima Kasih atas pertolongan cikgu~^.^

  12. Valitakha Vulsan Vadia says:

    Karangan PMR Ke SPM???

  13. Valitakha Vulsan Vadia says:

    Perlu ke dibuat tanda “…..” ketika meletakkan peribahasa.Setahu saya kita hanya terus masukkannya tanpa perlu meletakkan tanda tersebut.

  14. thanx..banyak membantu saia:]

  15. alya says:

    teks nyh bole jady teks perbahasan ta….????

  16. eira says:

    memang terpegun apabila eira baca..sangat menarik..eira masih belum mampu untuk membuat karangan sebaik ini..mungkin akan ada idea untuk mengarang selepas membaca karangan ini..

  17. Isz says:

    tiz essay helped me alot in my mid term exam…spm!!! thankzz alot…;-)

    • nisreen says:

      ouh..sy suka krngn cikgu..!!!..Terrrrbaikkkkk!!! (^-^)

    • ain hawani says:

      TERIMA KASIH!! KARANGAN NI MEMPUNYAI AYAT YANG DRAMATIS DAN CUKUP SEMPURNA!! KARANGAN NI DAPAT MEMBANTU SAYA UNTUK MENYIAPKAN ASSIGNMENT SAYA… TP BOLEH X TOLONG BERIKAN KARANGAN SPM “GEJALA SOSIAL BERLAKU SEBAGAI AKIBAT MASALAH KELUARGA YANG BERLAKU DALAM KELUARGA?”

  18. budak sbp says:

    terima kasih byk2 cikgu:)

  19. liyana nasuha says:

    karangan ini sangat best…

  20. iz says:

    karangan yng sngt bgus….pdt dengan bahasa

  21. syida 96 says:

    saya dah tak tahu nak ckap ape lagi…karangan ckgu semuanya bagus sngat….saya tergamam dgn penggunaan kosa kata yg ckgu gunakan….ckgu the best la :) ……..

  22. Bass says:

    karangan ini sangat cemerlang.Cikgu,boleh tak buat karangan yang lebih banyak lagi?

  23. nda says:

    I like it so much!!!!

  24. nik says:

    tlg bagi cadangan tentang peranan remaja dlam mengatasi masalah gejala sosial dlm masyarakat

  25. your essay was just simply fantastic with proper usage of those words and slogans and all, it was just perfect to score an A :) thanks a bunch !!

  26. naqiah says:

    cikgu saya ingin mengetahui rangka karangan soalan percubaan spm negeri melaka baru-baru ini..

  27. Rabiatul says:

    karangan yg sgt bagus!
    penuh dgn ayat gramatis & idea yg menarik!

  28. Qing says:

    First time I enjoy reading bm essay! I love the frasa menarik!

  29. leman dawiss says:

    tq cikgu

  30. Addam says:

    good :D hope dpt buad krngan gini dlm spm esk.

  31. Amanda Loo says:

    boleh saya tanya , peranan keluarga hanya tulis peranan ibu bapa boleh tak?

  32. Aeda Ayda says:

    peranan keluarga boleh ke semua dimasukkan ibu bapa??sy buat mcm 2 tp ble sedar takot tersalah…tidakkah terslh pihak..ini soalan spm 2011

  33. atirah teah.. says:

    hebat krnagn nie..cgu kalau kta msukkan msyarakat sma xpa ka?

  34. Aeda Ayda says:

    peranan keluarga boleh ke smua dimasukkan ibu bapa??tanpa abang atau kakak mahupon adik?tidakkah tersalah pihak??

  35. Nursyamimi mimi says:

    Saya suka karangan ini dan karangan ni sangat membantu saya.Boleh tak Cikgu Tan tunjukkan karangan tentang Yang Dipertuan Besar.Saya rasa masa ni la sesua untuk tulis karangan ini.Terima kasih.

  36. mieramierda says:

    peranan ibubapa memang diperlukan dalam membimbing anak-anak ke arah kebaikan apatahlagi di zaman sosial kini

  37. mellissa says:

    i love reading tiz essay n it help me to my class project

  38. vyvyn says:

    karangan yg sangat bagus sehingga saya teruja membacanya.!

  39. Terbaik! Menepati kehendak soalan yang cikgu saya beri :)

  40. Yuvalexa says:

    the karangan was really good and was helpful for me.i learnt a very good lesson after reading and “understanding” this karangan.
    now i know that spending more time with MY family is more important and BETTER than alone. i love my family so much that i am even going to sleep with them now.i am going to make make my family the best,happiest family everybody has met.thank you.

    TERIMA KASIH
    THANK YOU
    NANDRI
    SIE SIE

  41. satha says:

    karangan yang sangat baik …….terima kasih!!!

  42. faaRiniey says:

    karangan yang sgt bgus ~ suke sgt ! terbaeekk !

  43. noor fatimatul zaharah says:

    contoh karangan ini sangat bagus…..(n_n)…

  44. syuhada says:

    harap karangan ni keluar esk~
    amin,,

  45. mastura says:

    terima kasih sgt bagos..byk gune ayt2 gramatis!!

  46. faten says:

    bgus betoi lah karangan nie..wah terbaik..

  47. nazrullah says:

    akhirnye dpat jugak cari karangan ni . .
    terima kasih :)

  48. ohh sya_sya says:

    thankz al0t c0z help me !! ^___^

  49. fizi says:

    karangan yang bagus
    cube buat karangan tentag ciri keluarga

  50. ika Sham says:

    best!
    bagus….

  51. spm candidate says:

    good job! keep on writing for the sake of bahasa melayu !

  52. Cikin says:

    Karangan yang baik.

  53. thiru says:

    thank you very much…:-)

  54. kamal syahmi says:

    really good..

  55. Thivhagartevaraju says:

    Thk u

  56. Thivhagartevaraju says:

    tomorrow melay exam I think I can get A

  57. arvina soraya says:

    Oh godddd,thanks so muchh ! gosh,this helped me alot :) Thanks.

  58. Sha Vanilia says:

    Karangan yang sangat bagus dan amat membantu saya….terima kasih cikgu tan………..

  59. angela felix says:

    karangan ini telah banyak membantu sya..terima kasih..:)

  60. nazihah says:

    terima kasih. ia amat membantu saya dalam mencari isi perbahasan :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s