Sinopsis Prosa klasik Pelayaran Yang Penuh Peristiwa

Posted: January 24, 2010 in Uncategorized

Untuk pengetahuan calon SPM, ketika menelaah Prosa Klasik , anda hanya perlu mengetahui keseluruhan cerita sahaja, iaitu Sinopsis sahaja manakala  komsas boleh diabaikan kerana soalan komsas seperti tema, nilai, persoalan dan sebagainya tidak akan diuji dalam peperiksaan SPM.  Dalam Soalan 3 (c) -Prosa Klasik, calon hanya diuji pemahaman terhadap petikan itu dan satu soalan KBKK. Lantaran semua pelajar hanya perlu memahami petikan Prosa Klasik itu dan mengkaji soalan-soalan yang menguji KBKK sahaja.  Atas permintaan pelajar, cikgu cuba menghuraikan sinopsis Prosa Klasik Pelayaran Yang Penuh Peristiwa dalam buku Antologi Tingkatan Empat 2010.

Sinopsis Prosa klasik Pelayaran Yang Penuh Peristiwa (Tingkatan Empat 2010)

Dalam  antologi Harga Remaja, Prosa klasik Pelayaran Yang Penuh Peristiwa, watak utama Awang Sulung Merah Muda sebagai anak raja telah menyamar sebagai budak hitam yang comot sehingga dipandang hina oleh Tuanku Nakhoda Tua. Ketika dilanda ombak yang bergelora, seisi geliung (kapal) telah mabuk dan jatuh pengsan. Anak Tuanku Nakhoda Tua, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa telah meminta dayangnya Si Kembang Cina pergi memanggil Awang Sulung Merah untuk mengemudikan geliung itu. Atas bantuan Awang Sulung Merah,  geliung itu dapat diselamatkan .

Setelah tiga hari kemudian , ketika  laut sudah tenang, jurumudi di geliung itu telah sedar lalu mencabut kerisnya dan menikam seekor ayam . jurumudi itu menunjukkan keris yang berdarah kepada Tuanku Nakhoda Tua lalu mengatakan bahawa dialah yang menyelamatkan geliung itu. Tuanku Nakhoda Tua yang baru sedar daripada  mabuk itu turut mempercayai jurumudi itu dan berjanji jika geliung itu selamat tiba di tanah Jawa, puterinya akan dikahwinkan kepada orang yang menyelamatkan geliung itu.

Beberapa hari kemudian, anak kapal diminta mengambil air dan kayu api.  Anak kapal lain telah pergi ke pulau untuk mengambil air dan kayu bakau. Sebaliknya Awang Sulung Merah telah berkayuh ke tengah laut untuk mengambil air laut dan membawa balik batang nipah. Setelah itu Tuan Puteri minum air laut itu dan mendapati bahawa air yang masin itu telah bertukar menjadi air yang manis.

Tuanku Nakhoda Tua menghimpun semua anak kapal lalu mengumumkan bahawa sesiapa yang berjaya menyelamatkan  baginda, puteri baginda dan geliung itu daripada bajak (lanun) ketika meredah kawasan Laut Sekona Lingga itu dikahwinkan dengan puteri baginda .

Ketika melintasi perairan Pulau Salah Nama, kumpulan lanun telah menyerang geliung itu. Semua anak kapal telah melarikan diri untuk menyelamatkan diri sendiri.  Tuan Puteri menyuruh Si Kembang Cina untuk meminta  bantuan Awang Sulung Merah. Awang Sulung Merah merajuk. Tuan Puteri pun menyuruh Si Kembang Cina menyediakan air limau dan sabun kepada Awang Sulung Merah. Setelah mandi, Awang Sulung Merah kelihatan kacak dan berseri-seri.  Ketika lanun ternampak Awang Sulung Merah mereka mengenali penghulu mereka lalu meminta ampu. Semua lanun telah menyerahkan semua dinar emas kepada Awang Sulung Merah untuk melangsaikan hutang kepada Datuk Batin Alam.  Semua lanun pun undur dari situ.

Sekali lagi jurumudi itu mencabut kerisnya dan menikam ayam lalu mengatakan bahawa dialah yang mengalahkan bajak  dan menyelamatkan geliung itu. Tuanku Nakhoda Tua berasa gembira lalu hendak mengahwinkan Puteri  Dayang Seri Jawa dengan jurumudi itu. Tuan Puteri memarahi ayahandanya lalu menjelaskan keadaan yang sebenarnya.  Akhirnya Tuanku Nakhoda Tua  mengadakan kenduri secara besar-besaran dan mengahwinkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan Awang Sulung Merah.

Setelah beberapa ketika kemudian, geliung itu pun belayar hingga Negeri Pati Talak Terengganu.  Bujang Selamat telah dititahkan oleh baginda untuk bertanya tentang tujuan kedatangan rombongan Awang Sulung Merah.  Atas keizinan isteri, Awang Sulung Merah dan anak buah pun diundang ke istana Negeri Pati Talak Terengganu. Awang Sulung Merah dijemput bertaruh dalam sabung ayam. Setelah Awang Sulung Merah berseru-seru, ayam baginda Kinantan Suci telah berjaya menewaskan ayam Bujang Selamat.

Comments
  1. ash* says:

    perlu ada tema, watak, persoalan dan contoh soalan SPM sebagai tujuan rujukan.

  2. secret says:

    can u explain in english??

  3. constance keat says:

    aq mau sinopsis prosa tradisional ‘merah silu’…. plz give me the information…

  4. nabilah says:

    i want teknik plot for this.

  5. Jenny says:

    Apakah maksud ‘kami belayar bukan hendak berniaga, cuma hendak meninjau kati dan dacing, cupak dan gantang’?

    dan

    “Pulau Pinang bandarnya baru,,
    Kapitan Light menjadi raja;
    Jangan dikenang zaman dahulu
    Duduk mengalir air mata.”
    Maksudnya apa?

  6. Olsen says:

    Saya mahu tema dan persoalan,nilai,pengajaran,watak dan perwatakan dan gaya bahasa untuk prosa klasik ini…

  7. deqnal says:

    bezssss da jak novel tokkkk..ehehehe

  8. tahniah Cikgu Tan, pengisian blog yang berbaloi dan memberikan manfaat kepada guru dan pelajar. Teruskan perjuangan.

  9. cheko says:

    bagus cikgu, terus kan usaha anda.

  10. faten says:

    terima kasih cikgu…..
    baru saya faham skarang… :D

  11. Ling says:

    can u explain in chinese?thanks

  12. nurul says:

    thanx..sy dh aip,tp pndrve ilang..tarikh hntr dh dkat,so sy copy je la..

  13. syu says:

    x paham langsung………………..

  14. AA says:

    halo..cikgu bkn dah kata soalan xkan tanya tema,persoalan. akan tanya ttg permahaman kamu ttg prosa ini..so,jgn lagi tanya why ada tema persoalan lah.

  15. wani says:

    sy nak watal perwatakn dlam crita nii..hemm..esOk da kne present…terpakse laa cary lagy..

  16. eddy says:

    besst laa…..baca novel ny~….

  17. shiniki says:

    terima kasih…

  18. Maya Johar says:

    cikgu ada tak tips utk sye sbg calon persendirian… sye ambil paper bm november, baiki sijil, kena pula sye spm yg zaman 90an.. sgt memerlukan bantuan .tq

  19. kamil says:

    ok juga la…

  20. ling laing says:

    aku suka la sinopsis tok…ringkas dan padat…senang jak di bawa…:)

  21. susah larh nak fham prosa tradisional . tpy lpas bace yg nie tros fham ! hehe
    trimer ksih …

  22. Purvagini Takksha says:

    SANGAT KREATIF DAN SANGAT BAIK.TERIMA KASHI UNTUK MEMBUAT KERJA SEKOLAH.THANKS!!!. HOHO!HOHO! SAYA DAPAT ‘A’ !SAYA DAPAT ‘A’ DALAM KARANGAN

  23. Purvagini Takksha says:

    cikgu ada tips untuk buat karangan yang lain
    dan masuk karang yang lain

  24. Mohon izin untuk berkongsi.

  25. mana teknik plot dan plot nya?

  26. baby ean says:

    boleh tanya tak apa maksud berkokok balam tembaga tiga gaya ?

  27. Sofeah says:

    kenapa tak beri tema, persoalan, watak perwatakan, nilai murni, pengajaran , dan latihan ??!

  28. indra says:

    terima kasih cikgu nota ini ringkas dan muda difahami .

  29. naruto46 says:

    tabung

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s