MENULIS PENGENALAN RUMUSAN

Posted: January 19, 2010 in Uncategorized

Banyak pelajar yang masih tidak dapat menulis pengenalan rumusan dengan betul. Terdapat dua cara yang biasa digunakan untuk menulis pengenalan rumusan iaitu :

1. Mengemukakan tema keseluruhan petikan rumusan. (Tema ialah persoalan pokok/ utama).
2. Menggantikan kata kunci/ arahan pertama soalan dengan perkataan sama erti/ sinonim.

Daripada kedua-dua cara tersebut, hampir 90 peratus pelajar menulis pengenalan dengan cara menukar arahan pertama soalan dengan perkataan sama erti.

Contoh :
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan tidur dari segi saintifik dan cara-cara mengatasi masalah sukar tidur.

Arahan tugasan dalam rumusan :

1. Kepentingan tidur dari segi saintifik ( Isi tersurat )
2. cara-cara mengatasi masalah sukar tidur ( Isi tersirat )

Untuk menulis pengenalan, hanya arahan isi tersurat sahaja digunakan.

Tema : Petikan membincangkan kebaikan tidur dari segi saintifik bagi menjamin kecerdasan seseorang.

Menukar kata kunci “kepentingan” menjadi :
1. Faedah
2. Kelebihan
3. Peranan
4. Keutamaan
5. Keperluan
6. Manfaat
7. Maslahat
8. Mustahak
9. Afdal

Dianggap salah jika menukar arahan menjadi : Kemestian, keistimewaan, fungsi. Jika pelajar mengulang kata kunci “kepentingan” juga mendapat markah 0.

Arahan kedua soalan iaitu cara-cara mengatasi masalah sukar tidur tidak perlu ditulis sebagai pengenalan rumusan.

Comments
  1. Olsen says:

    bagaimana pula dengan cara¬≤ mengambil dan menyambungkan isi tersurat dan juga tersirat…saya harap cikgu dapat bantu saya..

  2. cartherine ajan says:

    adakah cara penulisan pendahuluan yang kedua itu boleh diterima ke cikgu?

    ada perubahan yang baru dalam skema penyemakan kertas 2 sekarang cikgu?

  3. aisyah_lop says:

    wah thniah..bgus sngguh tknik2 nie..t.kasih

  4. amir says:

    thanx for this tknik…i hope i can past my exam..

  5. tulip berdarah says:

    terima kasih cikgu tan.. boleh tak tunjuk contoh yang lengkao untuk pendahuluan rumusan :)

  6. shree says:

    tlg ajar sy utk buat isi tersurat dan penutup…….

  7. ika says:

    oooo….macam ni rupanya..!tengs cikgu!!!{^_^}

  8. carol says:

    hi…boleh tanya saya sudah lama tidak sekolah sejak 1995 sampai kini, jadi tahun lepas 2011 saya duduk spm untuk cabaran baru…mana tahu BM saya fail,,,jadi bulan 6 ini reapat lagi…di sebabkan saya tidak faham dengan rumusan jadi boleh saya tanya di isi tersurat ,selepas pendahuluan isi tersurat kenal di simpan nombor1. 2. 3…..kah dan isi tersirat …sebenar mana satu harus di buat….terima kasih

    • twoohiok says:

      Dalam isi tersurat, saudari hanya perlu mencari isi dalam kandungan petikan dan tidak perlu meletakkan nombor 1, 2 dan sebagainya. Sebaliknya dalam fokus kedua dalam soalan itu merupakan isi tersirat. Saudari hanya berdasarkan fokus itu dan mencari isi berdasarkan pandangan sendiri dengan tiga prinsip, iaitu tidak ada dalam petikan itu walaupun isinya sesuai, isi itu mesti positif terutamanya dalam tindakan, isi itu juga mesti konkrit dan tidak abstrak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s