Karangan -Pencemaran Sungai

Posted: October 7, 2009 in Uncategorized

Sungai merupakan anugerah Tuhan yang amat bernilai dan perlu dijaga dengan baik oleh manusia.
Jelaskan pendapat anda tentang sebab-sebab sungai tercemar dan kepentingan sungai dalam kehidupan.

“Beribu-ribu ekor ikan terapung-apung di permukaan sungai” “
“sungai di Pahang telah teruk dicemar”.

Begitulah tajuk-tajuk berita yang acap kali menghiasi dan menguasai dada akhbar-akhbar tempatan. Berita dan paparan media umpama ini bukan sahaja menghiasi dan menguasai dada akhbar-akhbar tempatan, isu ini juga sering menjadi liputan media massa antarabangsa dan persidangan utama dunia.

Pencemaran yang berlaku sepanjang dasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat pelosok dunia. Oleh itu, isu pancemaran sungai sudah menjadi berita basi. Kerajaan pernah mengadakan kempen-kempen seperti “Cintailah Sungai Kita” tetapi mendapat sambutan yang dingin daripada segenap lapisan masyarakat. Walaupun isu ini hangat diperkatakan dan meningkatnya kes ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, pernahkah terlintas dalam benak anda apakah yang dimaksudkan dengan “pencemaran sungai”? Mengikut penjelasan yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi keempat, “pencemaran sungai” dapat didefinisikan sebagai perbuatan yang mengotorkan sungai yang jernih sehingga keruh dengan pelbagai bentuk cara. Fenomena yang terjadi ini pasti ada sebab-sebab yang munasabahnya kerana kalau angin tidak bertiup, masakan pokok bergoyong? Tahukah anda faktor-faktor yang menyumbang kepada pencemaran sungai? Segalanya bakal terhurai tirai bicara dibuka.
Faktor perdana yang menyumbang kepada pencemaran sungai ialah pembuangan sampah sarap oleh masyarakat. Hal ini ghalibnya dilakukan oleh masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sungai. Mereka membuang apa-apa sahaja sampah sarap yang mereka ada ke dalam sungai. Fenomena ini boleh dikatakan telah menjadi satu lumrah dalam kehidupan masyarakat. Pada zaman globalisasi ini, masyarakat telah menganggap sungai sebagai sebuah tong sampah yang besar.Merujuk kepada laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Sungai Malaysia pada tahun 2007, alasan yang diberikan oleh masyarakat yang membuang sampah ke dalam sungai ialah tong sampah yang sedia ada berada jauh dari tempat tinggal mereka. Mereka malas untuk membuang sampah sarap tersebut ke dalam tong sampah yang sedia ada kerana perlu memakan masa yang banyak dan meletihkan mereka. Oleh sebab itu, mereka mengambil jalan mudah dengan membuangkan sampah sarap tersebut ke dalam sungai yang jernih itu dan mengakibatkan sungai itu menjadi keruh. Sampah sarap yang terapung-apung di permukaan sungai itu mempunyai bahan kimia yang akan menyumbang kepada pencemaran sungai.
Selain itu, punca yang seterusnya ialah pembuangan sisa toksik daripada kilang-kilang ke dalam sungai. Sisa toksik dari kilang-kilang tersebut akan mencemarkan sungai dengan menurunkan pH air sungai tersebut. pH air sungai yang rendah amat berbahaya kepada manusia dan hidupan akuatik. Hal ini dikatakan demikian kerana jikalau seseorang meminum air sungai yang pH rendah, kesihatan seseorang itu mungkin terjejas dan yang memburukkan keadaan lagi ialah mendatangkan kematian yang tidak diingini sama sekali. Kualiti kehidupan akuatik seperti ikan akan menurun kerana keadaan sungai yang tercemar tidaklah sesuai untuk ikan-ikan tersebut. Statistik yang sahih lagi tepat yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Air Malaysia pada tahun 2008 jelas menunjukkan kebanyakan kilang yang membuang sisa toksik ke dalam sungai ialah kilang-kilang besar. Ketika ditanya tentang sebab mereka mengalirkan sisa toksik tersebut ke dalam sungai, alasan yang diberi ialah mereka tidak ada pilihan lain selain mengairkan sisa toksik tersebut ke dalam sungai tanpa memikirkan impaknya. Sikap sebegini yang mementingkan diri sendiri ibagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing perlu dikikis demi kepentingan bersama.
Faktor yang seterusnya ialah tumpahan minyak oleh kapal-kapal. Hal sebegini telah lama berlaku di dalam negara kita. Mengapakah hal ini akan berlaku? Sebabnya ialah tong yang mengisi minyak bagi kapal tersebut telah bocor ataupun pecah. Minyak yang jisimnya kurang daripada air akan terapung di permukaan air. Masalah ini akan menjejaskan tumbesaran bagi tumbuh-tumbuhan yang hidup di dalam sungai. Hal ini dikatakan demikian kerana minyak tersebut akan menghalang sinaran matahari daripada sampai ke tumbuh-tumbuhan tersebut. Hal ini secara langsungnya akan menjejaskan proses tumbesaran tumbuhan tersebut kerana tumbuhan itu tidak dapat menjalankan proses pemhasilan makanan. Di negara lain seperti Jerman dan Australia, masalah tumpahan minyak ini tidak pernah berlaku dalam negara tersebut kerana mereka mempunyai kapal yang serba canggih dan tong minyak yang baik sekali.
Apakah kepentingan sungai dalam kehidupan seharian kita? Tidak dapat dinafikan bahawa sungai memang mempunyai kepentingan tertentu dalam kehidupan seharian kita. Kepentingan utamanya ialah sungai memainkan peranannya sebagai medium pengangkutan dan penghubungan. Berbalik kepada sejarah dahulu, pembukaan Terusan Suez telah memendekkan jarak perjalanan antara Timur dan Barat. Hal ini akan menjimatkan masa dan memudahkan perhubungan. Kawasan yang tidak dapat dihubungkan dengan jalan raya dapat dihubungkan dengan menggunakan jalan air. Keadaan ini akan memajukan sistem pengangkutan di negara kita dengan mempunyai pengangkutan darat, pengangkutan udara dan juga pengangkutan air. Hal ini dapat meyakinkan rakyat negara kita agar visi kudsi Wawasan 2020 dapat direalisasikan dan menjadi bumi Malaysia duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara gergasi yang lain di persada dunia.
Seterusnya, sungai amat penting kerana membekalkan sumber air dan protein kepada manusia. Air yang diminum oleh penduduk bumi kebanyakannya datang dari air sungai. Jikalau air sungai telah tercemar, air sungai tersebut perlu dibersihkan melalui proses yang merumitkan dan memakan kos seperti yang berlaku di negara Jerman. Sungai amatlah penting sebagai habitat hidupan akuatik seperti ikan, ketam, dan udang. Tanpa air sungai, manalah datangnya ikan, ketam dan udang yang kita makan pada hari ini? Ikan, ketam dan udang membekalkan sumber protein yang mencukupi kepada manusia. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, sumber protein yang terdapat dalam ikan, ketam dan udang adalah amat tinggi. Persis kata jauhari “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”. Peribahasa ini mengingatkan manusia supaya tidak mencemarkan air sungai yang merupakan habitat hidupan akuatik dan merupakan anugerah istimewa daripada Tuhan yang akan membahagiakan kita pada hari esok agar kita tidak menyesal pada hari kemudiannya.
Secara kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu ibarat “ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni” untuk mengatasi kemelut pencemaran air yang dapat diibaratkan seperti duri dalam daging kepada masyarakat dan negara. Janganlah kita membiarkan masalah ini terus bernanah di dalam negara kita. Sebagai khalifah Allah yang dikurniakan akal fikiran dan bergelar insan kamil, kita bertanggungjawab untuk menjaga sungai yang merupakan anugerah Tuhan yang amat bernilai ini. Kita haruslah menjauhkan diri daripada perbuatan mencemarkan sungai agar tidak terjadi fenomena “sudah terhantuk baru tengadah”. Marilah kita bersama-sama merealisasikan hasrat dan visi kudsi wawasan 2020. ‘Cintailah Sungai Kita’.

Comments
  1. Maria says:

    can u make it shorter?!?!?!

  2. Peribahasa dalam karangan ini “terngadah” sudah salah. Sepatutnya “tengadah”.

    CIKGU TAN

  3. nurzatie says:

    i like this essay…
    thanks..

  4. l n p says:

    did u teach at san yuk b4?

  5. love n peace says:

    halo,did u teach at san yuk b4?

  6. Jenny says:

    Hello Cikgu Tan,

    I was so impress with your blog, i’am a teacher too. My children love your BLOG very much so they comment me to open your site and i found it very interesting for students and teachers. Keep it up dear friend.

    TQ 1 Malaysia.

    • twoohiok says:

      Selamat Sejahtera. Cikgu Jenny. Saya berterima kasih atas sokongan keluarga cikgu terhadap blog ini. Blog ini masih terdapat banyak kelemahan yang perlu dibaiki lagi. Saya akan berusaha menulis/ menyusun/ mencari maklumat yang terbaru agar memberikan manfaat kepada pelajar dan berkongsi minda dengan cikgu-cikgu sekalian

  7. fatien ! says:

    23/5. mid-year exam 2010 negeri Terengganu..antara karangan yang di pilih untuk menjadi soalan b.m kertas 1..luckily, read it before exam..:) btw..thx Cikgu, love ur essay, 100/100

  8. iqah99 says:

    ‘ke gunung sama……..’bukan bukit

  9. bez gilea …of qall.. i will choose diz one..

  10. Sasha Naqibah says:

    Im not sure how am i suppose to express my gratitude towards the writer of this perticular “KARANGAN”….It’s so fully usable,full of infortmation,strong grammar used…..and ext..:) tq again for putting up this blog..i really appriciate it so much…its the best for my refrence…..

  11. sasi says:

    nice essay….

  12. goshentheraan says:

    it is usable it can be make smaller..so that it easy for remember….otherwise ok

  13. Yuki says:

    do you have a karangan regarding abt pelajar cemerlang?

  14. nurhafizah binti othman says:

    laman ini sudah membantu saya untuk mencari masalah.terima kasih

  15. iza nabila says:

    thanks. terima kasih kerana memberikan saya idea untuk karangan. cikgu mengajar di mana?

  16. ida rahayu binti misnan says:

    cikgu,boleh tak cikgu beri saya idea untuk menjawab soalan iaitu cara-cara menyampaikan ucapan sempena hari guru

  17. nurhafizah binti othman says:

    terima kasih banyak -banyak kerana telah membuat karangan tentang pencemaran sungai dan karangan ini telah memberikan saya idea untuk membuat kerangka karangan ini

  18. maria binti rosly says:

    halo… sape nk kwn ngan aq. kalo nk kwn ngan aq byr rm1000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000

  19. norain nadia says:

    thankz cikgu…cikgu dah memberi saya idea untuk membuat kerangka tentang pencemaran sungai….

  20. anis zulaikha says:

    hai cikgu.saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu. Karangn ini memberikan saya ilham untuk terus maju dalam kertas bahasa melayu penulisan….

  21. jumrana rusman says:

    i lub this 1……………

  22. Haris Clubs says:

    terima kasih cekgu redzuan yg telah banyak mengajar saya tentang pencemaran sungai,air, dan sebagainya walaupun cekgu marah tetapi hatinya mahu mengajar anak murid nya terima kasih cekgu…………………….,,,,,,,,,,,,,

  23. syida 96 says:

    cikgu tan sangat HEBAT…….saya suke sangat krngan ni…thanks a lot ckgu

  24. ctchan says:

    thanks cikgu tan . . isi2 yang diberi amat membantu saya untuk membuat karangan bebentuk ulasan . . . .peribahasanya juga banyak …

  25. ira says:

    karangan yang bez..mohon share sdikit isi yang boleh dikongsi untk sy lakukn tugasan.tq

  26. nur hanis says:

    karangan best..bahasa pun gramatis…..

  27. Akmal says:

    Saya rasa macam pernah baca je karangan ni. Pendahuluan pun sebijik-sebijik. Penulis ni sama ke?

  28. hain says:

    karangan yang baik…

  29. Scha Mohd says:

    One of SPM spot question. Thank you teacher.

  30. and's ani says:

    karangan yang baik,,
    dapat membantu sya utk menulis karangan
    thanks!!!!!

  31. Ragu says:

    karangan yang baik,,
    dapat membantu sya utk menulis karangan
    terima kasih

  32. millymolly says:

    ni pencemaran laut…bukan pencemaran sungai —_______—

  33. Wong Yun Hao says:

    karangan ini sangat baik Oooooooooo
    tapi terdapat sedikit tidak faham

  34. Mimi says:

    banyak membantu sy dlm mmbuat karangan.. trima kasih.. :)

  35. yath says:

    terima kasih di atas info yang diberikan…

  36. Shashwini Ganesan says:

    Hi,cikgu saya mengucapkan ribuan terima kasih,kerana banyak membantu saya melalui karangan ini…

  37. Shashwini Ganesan says:

    banyak ilmu yang saya dapati melalui karangan ini…tenk yiu…

  38. Ieyza says:

    the good good good essay,

  39. Jeychandran says:

    Thanks for Your Guidance ~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s